'ya allah, jika aku terleka, atas ni'mat-ni'mat dunia yang sementara, Kau sedarkanlah aku dari mimpi ini. agar aku berdiri atas paksi realiti.
jika aku rebah dalam perjalanan menuju cinta hakiki, bantulah aku bangun kembali. agar aku mampu, menuju firdausi.
jika aku terluka dek duri-duri manusiawi, sembuhkanlah aku dengan ketenangan abadi. agar aku tenguh dengan ukhuwwah islami.
jika sudah sampai janjiMu yang pasti, lenakan daku dengan husnul khatimah. agar aku aman menuju ukhrawi.'
beating your heart
"There is the type of man Whose speech About this world's life May dazzle thee, And he calls Allah to witness About what is in his heart; Yet is he the most contentious Of enemies." [al-baqarah:204]
Thursday, November 5, 2009
Monday, August 17, 2009
[love mean sacrifice]_part 1
[love mean sacrifice] part 1.
“Setiap manusia itu dicipta bersama pasangan masing-masing. Jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Jadi kita sebagai hambaNya yang percaya kepada qada’ dan qadar, haruslah berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik.” Panjang lebar Kak Hanis menerangkan kepada ahli Raudhatul Huda tentang topik hangat ni. Semua pasal Ani yang beria sangat nak bincang hal jodoh. Katanya,ada kawan dia yang tengah syok sangat bercinta dan sedang plan nak kawin.
Melihat muka anak-anak usrahnya yang begitu khusyuk menunggu buah bicaranya, Kak Hanis pun meneruskan madahnya, “jadi,adik-adik akak sekalian, janganlah kita terburu-buru mencari cinta yang tak pasti. Yakin dengan janji Allah dalam surah an-Nur, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik, begitu juga sebaliknya.” Keenan-enam kepala mengangguk faham.
“so, your task for today, go and find the verse, yang sebut pasal perkara tadi. Akak dah bagi tau surah,tinggal nak cari ayat je.ok semua?”
“ok….”
“cuba gak tadabbur ayat-ayat lain dalam surah an-nur ni. Banyak mutiara yang adik-adik akan dapat jika faham apa yang Allah cuba jelaskan dalam surah ni.”
”baik kak Hanis.”
Kak Hanis senyum. Dia bersyukur kerana, anak usrahnya semua committed dan sporting. Tapi,dia sedih bila mengenangkan, lagi tiga bulan, dia terpaksa meninggalkan mereka. Sebagai isteri, dia wajib mengikut suaminya yang akan menyambungkan pelajaran ke UK nanti.
Ani, Dee, Pikah, Huz, Sufi dan Kinah. Merekalah yang selama hampir empat tahun bersama dalam usrahnya. Mereka pelajar-pelajar universiti yang tahu, dunia mereka di UIA Kuantan, bukan sekadar dengan buku dan lecture. Tapi ia lebih dari itu. Mencari tarbiah yang tiada dalam nota-nota lecturer membawa kepada perkenalan ini.
“Adik-adik, akak doakan semua akan mendapat yang terbaik dalam hidup ni” kata-kata akhir yang ada doa dalam ungkapannya.
* * * *
Semuanya serba tak kena. Ni semua disebabkan dia terlewat bangun pagi tadi. romatenya balik kampung sebab ada kecemasan,so, tak de sapa yang kejutkan. Pagi tadi, kelam kabut dia mencari bahan seminar yang nak dibentangkan pagi ni. Lepas tu, baru je nak keluar dari mahalah, ada orang tegur dia pakai tudung terbalik, terpaksa balik bilik betulkan. Sekarang, bas pulak tak de. Bas pukul lapan dah bertolak. Telefon Ani tak dapat. Tengok sekeliling, tak de sapa yang boleh nak tumpang. Hai, semua pergi awal la pulak hari ni. Kelas pukul 8.30, hati Dee dah mula panic.
“Madihah!”
“sape plak panggil aku ni?” Dee berpaling. Mudzhafar?
“terlepas bas ke?nak tumpang?”
Dee angguk. Tapi serba salah, takkan nak tumpang diorang. Empat tahun kat sini, tak pernah dia tumpang kereta lelaki seorang diri. Syah kat sebelah Mudz diam je.
‘hai cam ner ni?’ keluh Dee dalam hati.
Dee tengok jam, ‘ha?dah kul 8.15.mampus kalau lambat ni’. Dah terbayang muka Prof Anad dengan lesser kat tangan, misai lentik ke atas merenung dengan mata tajamnya. ‘ei..seram’. Prof tu memang pantang kalau ada student yang lewat ke kelasnya.
“tak pe ke?”lastly, keluar jugak suara Dee, respond pada soalan Mudz tadi.
“aku no hal”
Otak Dee ligat berfikir. ‘ah, lantaklah,dari aku kena fire ngan Prof baik aku wat muka tak malu’. Akhirnya, Dee buka pintu Vios Mudz tu. Then, vios tu, terus menuju ke JHC.
‘hai, apa nak jadi la hari ni…’
“eh, kau tumpang Mudz ke tadi?” Tanya Ani. Dari mula-mula sampai tadi lagi, dia sibuk bertanya. Dee saje buat tak tahu. Bengang gila dia, sampai je kat JHC, dia nampak kereta Ani baru masuk. Selepas ucap terima kasih kat Mudz, dia terus menerpa Ani, tanya kenapa baru sampai. Dengan selamba Ani jawab, dia pun lewat tapi gi ambik duit kat KOM dulu and dia tak perasan pun Dee call. Rasa nak cekik-cekik je si Ani ni. Kalaulah dia jawab call Dee, tak de lah dia tebalkan muka tumpang Mudz. Si Syah pulak, cam pandang pelik je kat dia.
“Dee..”
Dee terus jalan. Ani ikut kat belakang. Hari ni, Dee rasa macam jadi bahan tontonan pulak. Semua orang pandang dia dengan muka…entah, tak tahu nak tafsir. ‘Lantaklah, bukan aku buat salah pun’.
“kau marah aku ke?”
“tak…”
“dah tu, jawab la”
“aku malu la..semua orang pandang masa aku keluar kereta Mudz tadi”
“ala…relax la, kau bukannya berdua, Syah ada kan.”
“masalahnya aku sorang-sorang…”
Ani diam. Memang mengejutkan bila budak skema cam Dee ni yang sangat menjaga muamalat dengan lelaki, menumpang kereta diorang. Dia pun terkejut tadi. tapi masalahnya, kalau tak tumpang, nanti lewat masuk kelas. So, bagi dia, keadaan tu dah dikira terpaksa la.
Masa makan tadi pun ada dua tiga orang macam bisik-bisik and pandang-pandang kearah Dee. Ani dan Kak Wan pun perasan. Dee buat tak tahu je, dari semalam, bawak ke hari ni, ada lagi orang duk cakap pasal dia tumpang Mudz.
“diorang ni, makan tak leh diam-diam ke?”
“betul Kak Wan, bisik-bisik pulak tu. Kesian Ani tengok Dee.”
“ala..aku ok je la. Lantak la diorang, nak tengok ke, nak cakap ke, bukan habiskan harta aku pun.”
“ces, semalam, kau yang malu, hari ni ok dah?”
“past is past…malas aku nak amik tahu lagi”
“ye la…”Ani and Kak Wan jawab serentak. Ketiga-tiga bakal doctor ni tersengih.
Mereka cepat-cepat menghabiskan makanan masing-masing. Lepas ni kena buat lawatan kat wad. Ani kat wad pediatric, Dee and Kak Wan dekat wad OnG. Sebagai pelajar tahun lima MBBS, mereka sekarang baru sahaja memulakan posting masing-masing. Terdapat lima posting yang perlu mereka tempuhi, sebelum menduduki peperiksaan professional tahun depan. Memang meletihkan, tapi, setelah empat tahun bergelar pelajar medic, kini, alah bisa tegal biasa.
Masa mereka kini, banyak dihabiskan di wad bersama patients. Macam-macam karenah manusia yang harus mereka tempuhi. Walau memenatkan, mereka tidak mengeluh. Sebab semua nilah yang menjadikan mereka lebih dewasa. Dunia perubatan yang penuh dengan kejutan sudah sebati dengan mereka. Seperti kata Doktor Khairizan, we are trained to be a good muslim doctor. Medical training, bukan medical study.
* * *
Macam-macam rupa hadiah yang diberikan oleh anak-anak usrahnya. Kak Hanis terharu menerima pemberian dari mereka. Hari ini, usrah terakhir. Selepas sesi pengisian tadi, mereka membuat jamuan kecil untuk Kak Hanis. Jarak umur mereka tidaklah begitu jauh, Cuma Kak Hanis tua empat tahun dari mereka. Tapi, mereka menghormati Kak Hanis seperti ibu mereka. Inilah kemanisan ukhuwah, bila bertemu dan berpisah kerana Allah.
“jangan lupakan kitaorang ye.”
“selalulah e-mail, bagi tau perkembangan kat sana.”
“ada peluang, datang la lawat kitaorang.”
“doakan kejayaan kami.”
Tak putus-putus Dee, Ani, Kinah, Sufi, Huz dan Pikah menyampaikan pesan masing-masing. Mereka juga berasa berat hati nak melepaskan Kak Hanis pergi. Namun, tanggungjawab Kak Hanis lagi besar. Jadi mereka terpaksa merelakan perpisahan ini walaupun pahit.
“adik-adik semua kena jaga diri baik-baik. Belajar biar habis, sikit je lagi. Lepas ni, semua akan bergelar doctor. Akak doakan, korang menjadi muslim doctor yang berjaya di dunia dan akhirat.” Itulah kata-kata Kak Hanis yang terakhir sebelum mereka berpisah hari tu.
Dee menutup e-mailnya, setelah membaca e-mail dari Kak Hanis tadi, tiba-tiba dia teringat saat terakhir peremuan mereka dengan kak Hanis sebelum Kak Hanis bertolak ke UK. Terasa macam baru je, walau dah enam bulan Kak Hanis diperantauan. Namun, Kak Hanis tak lupa mengutus khabar kepada anak-anak usrahnya. Bagi Dee, kenangan bersama Kak Hanis begitu manis. Banyak yang dia belajar dari ibu muda itu.
Selama hampir empat tahun bersama dalam usrah, hubungan mereka macam satu keluarga. Macam-macam yang mereka lakukan bersama. Kalau mereka ada masalah, Kak Hanis lah tempat mengadu. Sama ada masalah peribadi atau pelajaran.
Walaupun memiliki ijazah dalam bidang ekonomi dari university of wales dan telah bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka di ibu negara, dia sanggup melepaskan jawatannya dan menumpukan perhatian kepada keluarga. Mungkin bagi orang yang tidak faham konsep kekeluargaan dalam islam, menganggap perbuatan itu merugikan. Tetapi, bagi Kak Hanis, tanggungjawab terhadap rumahtangga lagi penting. Untuk melahirkan mujahid-mujahid yang soleh dan berkualiti, tarbiah harus bermula dari rumah. Lagi pun, Dr Fazil mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Dia merupakan lecturer di kuliyyah of pharmacy, di iium kuantan. Dan sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat phd dalam bidang pharmacology.
Bertuah Kak Hanis kerana memiliki suami yang penyayang dan memahami. Dr Fadhil tidak pernah menghalang Kak Hanis bergiat dalam bidang dakwah dan tarbiah. Malah dia turut menyumbang tenaga dalam menjalankan aktiviti tarbiah bersama Kak Hanis terutama dengan kami, anak-anak usrahnya.
‘aku…siapakah jodoh ku?’
Dee menutup laptopnya. Sudah pukul 7, kejap lagi maghrib. Dia segera bersiap untuk ke surau. Salah satu hasil tarbiah Kak Hanis,dia kini, rajin ke surau jika berkesempatan.
* * *
“kau nak pergi tak ni?”. Diam. Takde jawapan dari mulut Huz. Ani tanya lagi.”Dr Husna Azmir, awak ni nak pergi tak? Takkan frast sampai kawan kahwin pun tak nak pergi.”
Huz masih diam membisu. Bantak peluknya didakap kejap.
Dee masuk. “Eh Huz, tak siap lagi?”
“tak pergi tak pe ke?”
“kau ni, nanti apa kata Pikah and mak dia.”
“kau nasihat la si Huz ni Dee…”
Dee ambik tempat di sebelah Huz yang masih bersila atas katilnya. Ani dah keluar, nak panaskan enjin kereta katanya.
“Huz, Pikah kawan kita, satu usrah lagi…”hati-hati Dee menyusun kata. Dia faham perasaan Huz, tapi dia perlu memilih berdasarkan priority.
“hari ni, hari bahagia untuk dia and her family. Mak Cik Ana dah macam mak kita. Kalau ye pun kau terasa hati dengan Pikah and Syah, kau pikir la pasal Mak Cik Ana.”
Mata Huz mula berair. Dee pegang tangan Huz.
“kau ingat tak pesan Kak Hanis? Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Dah memang bukan jodoh kau dengan syah…jangan la kau sedih macam ni sekali.”
“tapi… kenapa Pikah?kenapa bukan orang lain?”
“ni la orang panggil jodoh. Semua ni ketentuan takdir.”
Suasana sunyi. Dee masih cuba memujuk Huz. Memang complicated case Huz, Pikah and Syah ni. Tapi Dee tak nak sebab masalah lelaki, persahabat mereka selama lebih empat tahun ni berkecai.
“sahabat yang baik ialah yang turut gembira dengan kegembiraan sahabatnya.” Dee masih cuba memujuk Huz.
Huz tunduk. Tangannya menyeka air mata yang mengalir. Ada benarnya kata-kata Dee tadi. Baikkah aku sebagai sahabat?
Ani masuk. Kali ni dengan Kak Wan.
“so, nak pergi tak ni? Dah lewat ni.”
“jom la Huz, nanti Kak Wan belanja makan kenduri”
“belanja?”
“ye la…kan nak gi kenduri..anggap la tu Kak Wan yang belanja”
“ces….”semua tergelak dengar lawak Kak Wan yang tak berapa lawak tu. Huz pun turut tersenyum. Dia tahu, dia terlalu mengikut perasaan. Dia tak nak orang lain susah hati kerana dia.
“ok lah…lets go.” Huz bangun. Semua orang tersenyum. Lega dengan jawapan Huz.
* * *
Selepas balik dari rumah Pikah dekat Kemaman, mereka berempat melencong kejap dekat teluk cempedak. Angin pantai petang tu, betul-betul menyamankan. Lapang seketika otak-otak bakal doctor ni semua. Kalau kat kampus, tak habis dengan seminar, report patient, tutorial dan macam-macam lagi. Tapi kat sini, terasa tenang, melihat indahnya alam ciptaan tuhan.
Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk tunggu sehingga matahari terbenam. Sementara tu, masng-masing melayan fikiran yang entah ke mana.
Huz mengambil tempat di bawah pokok. Ani, Kak Wan dan Dee ke gigi air. Nak cicah-cicah kaki katanya. Dan sekarang, fikiran Huz melayang ke peristiwa lima bulan yang lalu.
“Husna, nak cakap sikit boleh?” tiba-tiba Syah menegur dia. Huz baru je selesai melawat wad untuk sesi pagi tu.
“ important ke?” Huz mula tak selesa. Dia bukan tak biasa berborak dengan brothers, tapi entah lah, bila dengan Syah, dia selalu gelisah.
Syah cepat mengangguk. Dia tekad, hari ni, dia mesti cakap jugak dengan Huz. Dah lama dia pendam. Bukan tak pernah cuba, tapi selalu ada halangan. Dia pernah minta tolong Madihah, tapi sister tu, langsung tak membantu. Tu yang dia pandang semacam je bila Madihah tumpang kereta Mudz tempoh hari.
Tapi hari ni,dia sendiri akan approach Husna. Apa nak jadi,jadilah.
“ok lah…cepat sikit, aku nak submit report ni.”
‘ish..liat pulak lidah ni’
‘come on Syah..you can do it.’
“actually, I just want to know, kau dah ada somebody blum?” lega. Akhirnya keluar jugak ayat tu.
Huz pulak, punyalah terkejut. ‘apasal mamat ni tanya macam tu?’ Huz cuba bertenang walau dia dah rasa muka dia dah merah. Malu.
“pesal tanya? Tak de kena mengena ngan kau pun.”
‘ish dia ni, jawab je la’
“aku just nak tahu..tak salah kan?”
“kalau ada kenapa?kalau tak de kenapa?” dia mula rasa geram. Pesal pulak Syah nak tahu pasal peribadinya. Siapa dia?!
Syah terkejut sedikit dengan jawapan Huz yang sedikit keras tu. Dia tak nak peluang dia kali ni telepas macam tu je kerana tersilap cakap. So, dia nak berterus terang je. Dia memang tak pandai berbasa basi ni.
“kalau ada, no problem. Tapi…”
‘ish mamat ni, diam plak. Tapi apa…?’
“tapi…..kalau kau tak de lagi,… aku nak tnya,… boleh …kita kawan ….lagi rapat?” ‘ah….’ Satu keluhan dalam hati Syah. Akhirnya dia dah cakap. Sekarang ni, apa pula reaksi Huz.
Huz rasa nak pitam dengar kata-kata Syah. ‘muhammad syahmin,kau mengigau ke ni? atau aku yang mengigau?’
Melihat Huz yang masih diam, syah mula berdebar.
Huz tak tahu nak jawab apa. Tanpa tunggu lagi, dia terus berlalu macam tu je. Syah terpegun melihat Huz pergi. Ada rasa kecewa dalam hatinya.
Walaupun begitu, akhirnya, bermula peristiwa tu, mereka macam dah mengikat janji, bila dah tiba masa nanti, hal ni akan di bawa ke pengetahuan keluarga. Dee and ahli usrah yang lain tahu tentang ni. Mereka tak menghalang, malah mereka terima je, kecuali Dee. Dia seidikit ragu-ragu dengan keputusan Huz.
Pernah Dee bercakap dari hati ke hati dengan Huz.
“kau yakin ke dengan Syah. Lelaki ni, hati dia, bila-bila boleh berubah.”
“kenape kau cakap macam tu?kau ni, terlalu perajudis dengan lelakilah”
“bukan…aku Cuma nak kau fikir elok-elok. Jangan ikut hati sangat.”
“ye la…tapi kalau kau tak perajudis, kenapa kau tak pernah cakap kat aku yang syah pernah approch pasal aku kat kau?”
Dee terkesima sekejap. ‘si Syah ni cakap hal tu kat Huz jugak?’ cetus Dee dalam hati.
“aku tak cakap, sebab kau tahu kan, dia banyak kena gossip. Aku tak nak kawan aku jadi buah mulut orang juga.”
Huz diam. ada rasa kesal pulak bila bercakap macam tu dengan Dee. Suara Dee dah lain. Huz tahu, Dee tak senang dengan kata-kata dia tadi.
“aku mintak maaf. Mungkin kata-kata aku tadi kurang elok. Tapi kau percayalah Dee, aku yakin dengan Syah. Cuma aku harap doa dari kau je. Boleh?”
Dee tak tahu nak kata apa lagi. Lagi pun Huz dah cukup besar untuk membuat keputusan. Dan memang tak dinafikan, ada kesungguhan pada diri Syah bila dia mintak tolong dengan Dee dulu. Cuma masa tu, dia masih ragu-ragu lagi dengan pengakuan lelaki tu.
“ok lah…aku doakan supaya kawan aku ni, berbahagia disamping tersayang.” Dee peluk bahu Huz sambil mengukir senyuman ikhlas. Huz membalas pelukan Dee. Dia tahu, Dee seorang kawan yang terbaik yang dia pernah ada. Cukup memahami, itulah ciri yang ada pada Dee yang paling disenangi oleh semua orang. Dee memang banyak berubah sejak masuk Kuantan dan sejak mengenali Kak Sarah serta mengikut usrah. Jika di matric dulu, Dee bukanlah seorang yang suka bergaul dengan orang.
Namun kini, kata-kata Dee seakan terngiang-ngiang di cuping telinganya. Dulu dia suruh Dee yakin, tapi akhirnya keyakinan tu memakan dia kini. Mungkin betul kata Dee, jodoh tu hal Allah. Tapi, hati dia masih pilu. Di saat dia mula merancang macam mana nak bagi tahu parents dia pasal Syah, tiba-tiba berita pahit tu datang.
“mak Syah dah carikan jodoh untuk Syah. Syah tak sempat nak bagitahu tentang kita. Semua dah diatur, syah tak boleh buat apa-apa”
Mendengarkan satu persatu perkataan yang diluah oleh Syah, membuat Huz rasa macam disiat-siat hatinya. Masa tu dia benci mendengar suara Syah, apatah lagi melihat wajahnya. Call syah dia tak pernah jawab. Sehinggalah akhirnya Dee juga yang terpaksa jadi orang tengah.
Dee, sentiasa berada di sisinya bila dia memerlukan.. apatah lagi bila dia dapat tahu, calon yang diaturkan oleh keluarga Syah itu, adalah kawannya juga, Pikah. Pikah seorang yang pendiam. Mereka semua tahu, family Pikah dah ada calon untuk Pikah. Pikah pula hanya mengikut sahaja. Lagi pun dia memang dah putuskan agar calon suami biarlah keluarga yang tentukan.
“aku terima nikahnya, Siti Afikah binti Mahmood, dengan mas kahwin 80 ringgit tunai.” Tenang Syah melafazkan akad nikah, mengikat janji Pikah sebagai isterinya.
Huz kuatkan hati tat kala mendengar lafaz dari Syah. ‘ya Allah, besarnya ujian Mu. Kuatkanlah hatiku.’ Pinta Huz dalam hati. Saat ini, Allah lah tempat pergantungan Yang Paling Agung.
Matahari dah semakin hilang dibalik langit senja. Malam mula mengintai. Lama juga dia termenung di situ. Huz nampak Ani dan kak Wan sedang berjalan menuju ke arahnya. Dee tak kelihatan.
“jom balik.”
“dah puas mengelamun?”Ani mengusik. Huz sengih je. Dia tak ambik hati.
“Dee mana?”
“ada kat kereta, dia drive plak nanti, aku tak larat dah.”
Mereka pun berjalan beriringan menuju ke kereta. Dee dah duduk kat tempat driver. Nak gi cari masjid plak sebelum balik hostel.
* * *
Kuasa Allah mengatasi segalanya. Benarlah, perancangan Allah mengatasi perancangan manusia. Bercinta dengan orang lain, tapi kawinnya dengan orang lain. Bila mengetahui tunang dia adalah Syah, Pikah pun terkejut. Tapi dia sendiri tak tahu nak cakap macam mana dengan familynya. Lagi pun Syah sendiri tak mampu nak membantah, apatah lagi dia, yang tak pernah menolak apa yang telah diatur oleh kelurganya.
Akhirnya dia terpaksa menerima, walau dia tahu, ini akan mengguris perasaan Huz. Tapi, semua yang berlaku, di luar kawalan dia. Puas dia menangis depan Dee and Kak Wan, bila Huz memulau dia. Dia tahu Huz sedih, tapi dia tak tahu pun yang dia dijodohkan dengan Syah. Kalau dia tahu awal-awal, dia takkan terima anak kawan lama ayahnya itu. Never!
Tapi tadi, bila dia melihat Huz datang jugak majlis kahwin dia hari ni,Pikah berasa lega. Apatah lagi, Huz peluk dia dan ucap tahniah kepadanya. Dia tahu, Huz dah maafkan dia dan masih sudi berkawan dengannya.
Tiba-iba pintu dibuka. Pikah nampak Syah masuk.
“assalamualaikum”
Pikah jawab salam Syah. Mungkin takdir mereka memedihkan untuk diterima, namu kini, Syah sudah sah menjadi suaminya. Hak dan maruahnya kini milik suaminya. Walau pun dia marahkan Syah, Syah tetap suami yang patut dia hormati. Mudah-mudahan ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
* * *
Syah memandang ke langit. Langit malam tu, berseri dengan keliauan bintang, seakan meraikan bersama hari bahagia dia hari ini. Sepatutnya begitulah. Tapi, keadaan dia dan Pikah menyebabkan malam yang indah ini suram dan sepi. Angin malam yang dingin, seakan mengiakan kemuraman hubungan mereka.
Sejak dia masuk tadi, tiada sepatah pun kata dari Pikah. Mungkin ini tanda protes isterinya kepada dirinya. Dia sedar, dialah punca kerumitan dalam persahabatan Pikah dan Huz. Tapi, apa yang berlaku, tak pernah terfikir di mindanya.
Ya, dia sayangkan Huz. Memang dia beniat memperisterikan Huz, namun, kata putus papa dan mama, membuatkan dia kelu. Kelu untuk menolak bila cadangan atau lebih tepat, keputusan yang dibuat ibubapanya, untuk menjodohkannya dengan orang lain. Menjadi satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, membuat dia tidak sanggup mengecewakan ibubapanya. Tambahan pula, dia pernah menyatakan kepada mamanya, hal kahwin ni, dia serah pada family. Cuma dia tidak menyangka semuanya berlaku dalam masa terdekat ini.
‘Huz, masih marahkah pada Syah?’
Hatinya mengeluh berat. Sayangnya pada orang lain. Tapi kini, di depannya, orang lain.walau tiada sayang, wanita ini adalah isterinya. Keadaan lagi rumit bila isterinya kini adalah kawan wanita yang pernah disayangi.
Afikah. Mampukah dia menyayangi perempuan ini? Apatah lagi dengan keadaan sekarang. Pikah seakan marahkan dia. Syah keliru. Dia tidak tahu, apa yang bakal dia hadapi dalam rumahtangganya nanti. Dia tahu, sebagai suami, dia harus bijak mengatur perjalanan bahtera ini.
‘ya Allah, hanya engkaulah yang maha mengetahui. Kurniakanlah rahmat mu dalam keluarga ini.’
Syah memandang Pikah yang telah lama lena. Betulkah Pikah yang didepannya kini adalah isterinya? Betulkah dia akan mengharungi hidup dengan wanita yang tidak pernah dia sayang?
“jagalah Pikah baik-baik. Bahagiakan dia. Cukup awak kecewakan seorang kawan saya. Saya tak nak ada kali kedua.”
Kata-kata Madihah tiba-tiba bermain difikirannya. Mampukah dia membahagiakan Afikah?
Malam semakin larut, mata Syah mula mengantuk. Persoalan-persoalan tadi dibiarkan berlalu seketika. Akhirnya dia merebahkan badannya di sebelah Pikah. Malam terus berlalu menjejaki siang.
* * *
Sekarang bulan February. Semua student medic fifth year semakin sibuk. Tinggal dua bulan lagi sebelum mereka menduduki final professional exam. Peperiksaan yang akan menentukan nasib setiap bakal doctor di kampus uia kuantan ini. Jika mereka lulus, maka, segala perit jerih mereka akan berbayar. Gelaran doctor tentu sudah menjadi milik mereka. Namun begitu, mereka sedar. Tanggungjawab disebalik gelaran itu lagi besar.
Bila dikenang kembali, Dee rasa macam semalam baru dia daftarkan diri di kampus Kuantan ni. Tapi sedar tak sedar, dah hampir lima tahun. Bergelar pelajar medic ibarat mimpi kepada dirinya suatu ketika dulu. Namun kini, mimpi itulah reality yang dia sedang tempuh. Dan tak lama lagi, gelaran pelajar akan bertukar bila dia memperoleh ijazah MBBS nanti. Baki 2 bulan lagi akan dia gunakan sebaiknya. Dia tak nak sia-siakan masa lima tahun hanya untuk kegagalan.
‘tik!’. Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 2. dee jarang stay up. Dia biasanya bangun pagi2 sebelum subuh untuk study. Paling lewat dia tidur pun, selalunya sekitar kul satu. Tapi malam ni, selain banyak report yang nak disiapkan, mata pun tak berapa ngantuk lagi.
Dee meluruskan kaki yang dah terasa lenguh. Tiba-tiba dia teringat saat mula-mula dia masuk kuantan.
“semua barang dah ada?”
Dee ngguk. Umminya dah berapa kali tanya. Takut tertinggal barang katanya.
“sijil, borang, semua dah masuk dalam beg?”
‘hai, kecoh betul ummi aku ni’
“dah ummi, semua siap masuk kereta lagi.” Dee harap jawapan dia kali ni meyakinkan umminya.
Tiba-tiba abi keluar. “semua dah siap kakak?”.
“beres”
Abi bukak pintu pagar. Ummi masuk rumah. Periksa sekali lagi, tingkap, dapur, pintu belakang, semua dah kunci belum. Memang itulah perangai umminya, setiap kali nak keluar, bukan sekali dia check benda-benda tu. Bila dah betul-betul yakin, baru dia masuk kereta.
Masuk je kereta, sekali lagi umminya buat comfirmation, “betul semua dah bawak ni?”.
‘adoi, ummiku…’
“yes ummi, semua kakak dah check.” Nampak ummi dah puas hati. Mungkin dia baru teringat, anak perempuannya ni, bukan kali pertama masuk asrama.
“ok…kita dah boleh bertolak ke?” abi pulak tanya. Tapi soalan tu ditujukan untuk ummi. Ummi angguk.
Selesai je masukkan barang dalam bilik, Dee iringi umminya ke kereta. Abi tunggu kat kereta. Abi ngan ummi terpaksa balik JB terus sebab abi tak leh bawak kereta malam-malam. So sebelum balik tu, banyak la pesanan yang ditinggalkan
Dan sebelum masuk ke dalam kereta, ummi sempat berpesan.
“belajar rajin-rajin, tapi kesihatan kena jaga.”
“jaga solat. Banyak doa ngan Allah. Mudah-mudahan, dipermudahkan nak belajar ni.” Abi jugak tak ketinggalan meninggalkan pesan. Dee angguk faham.
Dee melambai ke arah kereta abinya yang makin hilang dari pandangan. ‘aku akan belajar bersungguh-sungguh,” hati Dee seakan berbisik.
‘hmm…’ Dee mengeluh kecil. Bila teringat balik pesan Abi and Umminya, Dee menjadi sayu. Betapa Ummi dan abinya nak tengok anaknya ni berjaya. Dalam lima beradik, dia je perempuan. Mestilah harapan ibu bapanya tinggi nak memastikan anak gadis mereka turut berjaya macam abang-abangnya. Along pilot, angah chemical engginer di Petronas dan abang dekat UK sambung master. Adik bongsunya, Adi, sedang menuntut di USM, dalam bidang biomedic.
Dee mula minat meneruskan pengajian dalam medic sebab abang. Melihat Abang belajar masa foundation and becholar dulu, Dee rasa tertarik. Kesusahan yang selalu dikaitkan ngan medic, mencabarnya. Pelik kan? Tapi kini, Dee puas, kesusahan yang menjadi igauan semua orang, sudah dia hadapi.
Bezanya kini, dia tidak lagi berfikir tentang ingin mencabar diri sendiri dengan melakukan apa yang orang lain tak mampu nak buat. Tapi kini, dia dah sedar. Sebagai doctor, kita bukan belajar and bekerja untuk tunjuk hebat, tetapi, untuk membantu orang meringankan beban sakit mereka. Apa-apa pun semuanya dari Allah. Dia yang memberi penyakit, dan Dia lah yang akan menyembuhkan, bukan doctor, dukun atau bomoh.
* * *
“macam mana pbl ko?” soal Ain sebaik je Lia masuk.
Lia berpaling. Tangannya pantas menangglkan tudung di kepala. Panas.
“not bad la. Cuma tadi, mamat tu, banyak plak soalnya,” keluh Lia tk puas hati. Amir tu memang nak kena. Saje kenakan dia dengan soalan susah-susah.
“ye ke? Revenge kot? Ye la, minggu lepas, kau yang Tanya dia bukan-bukan,” Ain mengingatkan Lia. Minggu lepas, masa pbl session 1, Lia banyak argue dengan si Amir tu. Minggu ni turn mat jawa tu la plak.
Lia diam. Entah la, dia pun tak pasti. Tapi yang pasti, dia tension betul ngan Amir. Nasib baik, kawan-kawan yang lain tolong gak.
“biaq pi la. Aku tak nak piker dah,” tangannya mencapai tuala. Mandi lagi baik.
Ain hanya menggeleng kepala. Lia memang macam tu, cepat betul angin dia berubah-rubah. Ain dah faham sangat dah. Dua tahun di matric and hampir setahun kat kuantan ni, dia dah masak dengan perangai angin si Lia ni.
* * *
Dee merebahkan badan ke katil. Kepalanya betul-betul serabut sekarang. Mendengar berita tadi dari umminya, Dee rasa macam satu batu besar menghempap kepalanya.
“ada orang merisik kakak”
Satu ayat yang umminya sampaikan semasa dia telefon pagi tadi, bermain-main dalam fikirannya. Hatinya serba salah. Kelu lidahnya. Walaupun ummi memberinya peluang untuk berfikir, dari cara ummi bercerita, Dee tahu yang umminya suka dengan anak kawan mak long tu.
Dee betul-betul tak tahu nak pikir. Impiannya masih jauh. Kalau boleh, Dee nak kerja dulu, baru fikir pasal kawin. Tapi sekarang…?
‘ya Allah, tolonglah hamba mu’
Ingatan Dee beralih kepada Sarah. Kali terakhir Dee terima khabar dari kakak seniornya tu, adalah sebulan yang lepas. Sebelum Sarah berangkat ke Beirut, mengikut misi kemanusiaan anjuran Aman Palestin. Dee benar-benar kagum dengan Sarah. Misi dan visi hidup Sarah jelas. Dia tak kisah apa orang nak kata, yang pasti, dia tahu dia berada pada landasan yang benar. Soal jodoh seakan terhakis dari diari hidup Sarah. Jiwanya untuk ummat. Inilah yang menjadi contoh pada Dee. Kalau boleh Dee nak jadi macam Sarah.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan disusuli salam dari luar. Dee sambut salam.
“masuk.”
Pintu dibuka dan masuk Lia dan Ain.
“ye korang, ada apa?”
“eh kak Dee ni, kan semalam akak yang suruh kitaorang datang hari ni.” tanya Lia kehairanan.
“ooo…ya,ya,sorry akak lupa. Duduklah.”
“akak sibuk ke? Kitaorang mengacau ke?” Tanya Ain pula.
“eh tak la. Akak lupa je tadi.”
Dee mengemas katilnya yang bersepah dengan baju yang baru diangkat tadi. dimasukkan ke dalam raga. Dee ketepikan dulu problemnya, sekarang dia perlu tumpukan pada Lia dan Ain. Dia lupa yang dua-dua juniornya ni ada buat appointment dengannya.
“sori ye, bilik akak sepah sikit.”
“roommate akak mana?” lia bertanya. Hatinya pelik melihat katil Kak Diana kemas je.
“dia posting psychiatrist. Ada kat tampoi sekarang.”
“ok, apa yang korang nak cite sangat ngan akak semalam?”
Lia memandang Ain. Dua-dua saling menyiku.
‘hai budak-budak ni. Kenapa pulak?’ Dee berbisik dalam hati.
“apa hal ni? Cakap je. Takkan ngan akak pun nak malu?”
Lia menelan air liur. Semalam dia yakin je nak tanya pendapat Kak Dee. Tapi sekarang dia malu la plak. Baru first year dah ada masalah macam ni.
“macam ni kak..”tiba-tiba Ain bersuara. Lia berpaling kea rah Ain.
“haa..”
“kitaorang nak tanya, pernah tak ada orang approach akak personally?”
‘ya Allah Ain, straight to the poin nye.’ Lia menggeleng dalam diam.
Dee terkejut sedikit dengan pertanyaan anak usrahnya ni. Masalah lelaki rupanya yang nak dibincangkan.
“tak de la plak. Kawan akak cakap tak de yang berani,” Dee senyum.
Ain dan Lia turut tersenyum. Nampaknya Kak Dee sporting je.
“kenapa ni? Ada yang mengorat korang ke?”
Sekali lagi Ain menyiku Lia. Lia menelan air liur.
“macam ni kak, kalau ada orang yang suka kat kita, tiba-tiba je. Nak buat macam mana?”Tanya Lia agak perlahan and teragak-agak. Dia rasa macam orang bodoh plak bila tanya soalan gitu.
Dee diam sekejap. Susah betul bila ada orang Tanya pasal laki ni. Dia tak pandai sangat. Masa ni la dia teringat dengan Sarah. Kalau Sarah ada, mesti dia pandai jawab. Bukan sebab dia biasa handle lelaki, tapi sebab kematangan Sarah berfikir, membuatkan ramai orang suka minta pendapatnya.
“macam ni la, benda ni jadi masalah, bila kita pun ada problem hati dengan dia. In a simple word, may be kita pun tersuka kat dia gak. So, Lia suka budak tu gak ke?” Dee cuma qoat kata-kata Sarah masa Huz bertanya masalah yang sama dulu.
Lia diam. ‘aku suka dia gak ke?’ Lia bersoal dalam hati.
Dee biarkan Lia berfikir seketika. Bagi dia, benda-benda macam ni perlu dihandle dengan baik. Takut jugak kalau bagi fatwa yang salah.
Setelah diam dan berfikir seketika, akhirnya Lia bersuara,
”entah la kak...yang Lia tahu, setiap kali ada argument dengan dia, Lia mesti tak leh sabar. Senang je melenting. Tapi, bila sorang-sorang, selalu teringat apa dia buat kat Lia. Tak kira la, benda baik ke, or benda yang nyakitkan hati.” panjang betul penerangannya.
Dee mengangkuk. Sambil tu dia cube mendigest apa yang Lia bagi tahu tadi. Ain sekadar manjadi pendengar. Bagi dia, biarlah Lia bagi tahu sendiri apa yang berlaku pada Dee.
”akak rasa, Lia dah selesa dengan dia, perbuatan dia. Walaupun Lia marah, tapi Lia suka. betul tak?”
Lia diam. Macam ada benarnya apa yang Dee cakap.
”kalau macam tu? Lia nak buat macam mana?
Dee tarik nafas panjang-panjang. ”macam ni, Lia kena pikir masak-masak benda ni. Kalau ye pun dia kata dia sukakan Lia, jangan mudah percaya. Dan yang penting, betulkan balik niat kita datang UIA ni. Nak belajarkan? So, cuba focus pada pelajaran dulu. Jangan buat keputusan, bila kita rasa, jiwa kita jauh dari Allah. Sebab takut, keputusan kita sebenarnya berlandaskan nafsu.” sebaik mungkin Dee cuba terangkan pada Lia dan Ain. Walaupun ni masalah Lia, tapi, nasihat tu ditujukan untuk Ain juga.
Lia dan Ain saling berpandangan. Rasanya diaorang faham maksud kata-kata Dee tadi.
”baik lah kak Dee, Lia faham apa akak kata tadi. Insyallah, Lia akan fikirkan benda ni baik-baik.”
”Ain pun kak. Mungkin kadang-kadang kita mudah terpedayakan kak?”
”hidup ni macam ni la. Lain orang, lain ujiannya. Yang penting kita kena sentiasa ingat Allah. Barulah kita tak akan terpesong dari landasan yang benar”
Ain dan Lia sama-sama mengangguk. Nasib baik la, ada Dee. Boleh la diaorang mintak pendapat.
Mereka berbual hampi dua jam. Banyak nasihat dan pengalaman yang Dee kongsi ngan Ain dan Lia.
Sebaik sahaja Ain dan Lia balik, Dee tersenyum sendiri. Cinta itu memang pelik. Dia datang dalam pelbagai keadaan. Dan setiap orang ada pendapat masing-masing tentang isu ini. Sekarang ni, Dee teringat kembali, perkara yang ummi bagi tahu tadi.
’ah, pening la nak pikir. Masalah orang bukan main lagi aku bagi pendapat. Masalah sendiri, blur.’
Bila memikirkan kata-kata ummi tadi, Dee tak tahu nak buat macam mana. Ingin terima atau tolak?
Tiba-tiba dia teringat seseorang. Yang sudah lama tidak didengari khabarnya. Sudah kahwinkah, atau masih bujang?
Hati Dee sayu. ”ya allah, masih ada lagikah lelaki sebaik dia? Tenang dalam bicara. Teratur dalam perilaku. Amanah dalam tugas. Berani kerana benar. Tenguh imannya. Kuat menentang fitnah dunia.”. walau sudah bertahun lamanya Dee tidak pernah berjumpa dengan Ammar, namun, insan itu seakan sukar untuk dipadamkan dari ingatan ini.
Mengenali insan bernama Ammar, banyak mengubah Dee. Dulu, Dee kurang sabar, suka bertindak mengikut perasaan, selalu nak menang, pendek kata, selalu jugalah gaduh dengan orang. Tapi lepas kenal dengan Ammar, bekerja bersama-sama, Dee belajar untuk lebih sabar.
Ammar terlalu menjaga muamalatnya. Mungkin inilah hikamahnya, jika kita benar-benar menjaga al-quran yang kita hafal, ia akan menjadi pelindung kita. Tidak pernah Dee dengar sebarang gosip dan benda tak elok tentang Ammar.
Mereka berkenalan di CFS. Tapi, Ammar tidak pula menyambung pelajaran di Gombak atau Kuantan, tapi memilih untuk menyambung pengajian hadisnya di Syiria. Kalau tak silap Dee, satu tempat belajar dengan abang Kak Sarah, Ustaz Lukman. Kadang-kadang teringin juga nak mintak tolong Sarah untuk risik khabar Ammar. Tapi Dee malu.
Kini sudah lima tahun, Dee tak pernah dengar apa-apa tentang Ammar. Mereka bukan ada apa-apa hubungan. Tapi, Dee masih belum lupa jejaka bernama Ammar ini. Kalaulah yang pinang dia Ammar, pasti Dee terima.
Tanpa Dee sedari, lama juga dia termenung. Malam sudah semakin larut. Dee mengeluh sendiri.
”ish, jauh betul aku mengelamun. Entah-entah orang tu dah kawin dan beranak-pinak dah.”. Dee bangun untuk memberus gigi dan mengambil air sembahyang. Elok juga kalau dia buat solat istikharah. Mintak Allah tunjukkan jalan untuk masalahnya ni.
* * *
Hembusan angin laut china selatan membelai lembut wajah Pikah. Wajah yang lesu itu, memandang jauh, memerhatikan kapal-kapal yang pulang dari laut di saat hari meniti senja. Dan Pikah masih lagi berdiri di situ. Ketenangan ombak menghampiri pantai, tidak dapat menenangkan hatinya yang gelisah kini. Kenapa aku terlalu bodoh menerima dia?
Sebaik sahaja habis tugas di HTAA tadi, kakinya melangkah laju ke station bas. Dia nak balik kemaman, rumah maknya. Tanpa beritahu dan mintak izin dari Syah, dia naik bas dan pulang ke rumah. Sesampai di rumah;
”eh Pikah, balik sorang je?” pertanyaan pertama mak kepada Pikah.
”ya”
”Syah?”
”Pikah mintak balik rumah mak. Dia izin.” Pikah terpaksa bohong walau dia tahu itu salah. Namu, itu je pilihan yang dia ada untuk mengelakkan maknya terus bertanya yang bukan-bukan.
”kenapa dia tak ikut sekali?”
”esok dia ada program”
Air mata Pikah mengalir mengingatkan pembohongan dia tadi. ’mak, maafkan Pikah’ seru hatinya.
Kala ini, Pikah cuba menyusuri kembali kehidupan yang telah dia lalui bersama Syah selama empat bulan ini.
*
Hari kedua bergelar isteri. Pikah memandang wajahnya di cermin bilik air. Teringat kedinginan dia tehadap Syah semalam. Bukan niatnya ingin bersikap demikian. Namun, mengenangkan apa yang berlaku, Pikah tidak dapat menutup kekecewaan dalam diri terhadap kelemahan Syah dalam menangani masalah mereka. Bagaimana harus mereka harungi hidup bersama tanpa sekelumit rasa sayang?
”macam mana saya nak terima dia Kak Sarah?”
Peluang Pikah berborak dengan Kak Sarah sewaktu sepupunya itu menelefon digunakan untuk menceritakan apa yang telah berlaku. Pikah menangis semahunya. Dia benar-benar tak tahu bagaimana ingin menerima seseorang yang sudah diketahui menyayangi sahabat baiknya.
”Pikah kenalah cuba sayang dia. insyaAllah, bila sayang, baru kita mampu merima dia seadanya.”
”sayang? Saya tak tahu sama ada boleh sayang dia tak”
”belum cuba belum tahu Pikah”
“Hmmm…”
“Pikah dengar kata akak. Bila Allah tetapkan sesuatu untuk kita, pasti ada hikmahnya. Mungkin kita rasa perit dan sakit sekarang. Tapi, sape tahu, esok lusa, kita akan bahagia. Kebahagian perlukan pengorbanan Pikah.”
Pikah diam.
”ingat janji Allah. Disebalik kesusahan ada kesenangan”, akhiri Kak Sarah.
Saat ini, kata-kata Kak Sarah menyelinap di seluruh tubuhnya. Mungkin dia terlalu mengikut perasaan.
”Tuk. Tuk. Tuk.” tiba-tiba pintu diketuk dari luar. Kemudian, suara Syah kedengaran dari luar.
”Awak, lama lagi ke? Mak ajak makan.”
”ok”
*
”Pikah, awak marah saya lagi ke?” suara Syah memecahkan keheningan malam. Di saat ini, Syah dan Pikah sedang menyimpan barang masing-masing untuk pulang ke Kuantan. Sudah seminggu mereka bergelar suami isteri. Esok, mereka akan bertolak ke kuantan kerana block baru bermula lusa.
Pikah diam. Dia tak tahu nak jawab apa. Sepanjang masa ini, mereka hanya berbicara apa bila perlu je. Malam ni, tiba-tiba Syah cuba membuka bicara tentang perkara yang mereka cuba elak sebelum ini.
”pikah...” suaranya dilirikkan lembut agar tidak mengguris perasaan Pikah.
”kenapa saya nak marah pulak? Awak ada buat salah ke?” akhirnya keluar juga suara dari Pikah, walau agak mendatar.
Kini tiba giliran Syah untuk diam. Fikirannya ligat memikirkan apa yang ingin dikatakan lagi. Akhirnya;
”saya tahu awak marahkan saya. Saya mintak maaf. Tapi, kita tahu kan, tak semua benda dalam kawalan kita. Kadang-kadang kita terpaksa bertindak mengikut situasi. Semua ini adalah takdir yang tak dapat dielakkan. Saya harap awak faham”
Pikah ligat memasukkan pakaiannya dalam beg. Kata-kata Syah hanya disambut dengan renungan tepat pada pakaiannya yang berlipat. Mulutnya masih memilih untuk membisu.
”saya faham kenapa awak dingin dengan saya. Tak pe lah. Saya pun tak mengharapkan awak akan terus terima saya. cuma saya harap, kita akan cuba menerima perkahwinan ini, dan sama-sama belajar untuk membiasakan diri dengan hubungan ini.”
Akhirnya Pikah berpaling menghadap Syah. Dalam hatinya, ’senang je dia cakap. Mampu ke nak buat?’
”entahlah. Susah kot”
”kenapa? Kita belum cuba, mana tahu susah ke tak”
”betul. Tapi masalahnya...” Pikah tidak terus menyudahkan kata-katanya.
”masalahnya apa?”
”awak sayang orang lain”
Syah terkesima. Dan Pikah bangun ke bilik air. Bicara mereka terhenti di situ.
*
Rumah yang disewa di Indera Mahkota 5 itu, cukup selesa untuk mereka berdua. Tidaklah terlalu besar. Sekadar dua bilik tidur, satu bilik air, ruang tamu dan dapur. Namun itu semua tidak penting. Yang ligat bermain di fikiran Pikah sekarang bukan keadaan rumahnya, namun, bagaimana dia nak tempuh hidup bersama Syah selepas ini.
”ok ke rumah ni?” sapaan Syah dari belakang mengejutkan Pikah dari lamunannya.
Pikah berpaling. Syah sedang meletakkan beg pakaian yang dikeluarkan dari kereta tadi.
”ok je. Cukup lah untuk kita berdua.”
”tiga pun cukup”
Berkerut dahi Pikah mendengarkan kata-kata Syah tadi. Matanya tepat memandang Syah yang duduk kepenatan setelah memandu empat jam dari KL.
Syah sedar pandangan Pikah. Sebenarnya Syah Cuma berseloroh untuk mewujudkan suasana mesra antara mereka. Tapi tak disangka akan menyebabkan reaksi serius dari Pikah. Unutk menjernihkan keadaan, syah mengubah topik perbualan.
”awak lapar tak? Jom gi lunch”.
*
“Pikah, are you ok?” Dee bertanya kepada Pikah bila dia lihat Pikah gelisah je hari ni. Dee rasakan yang Pikah tak dapat tumpukan pada perbicangan mereka petang tu.
”aaa..oo..ok” gagap je Pikah jawab. Sebenarnya fikiranya kacau memikirkan apa yang berlaku semalam. Dia tak pasti apa yang dia rasa. Malu? Keliru? Takut? Entahlah. Fikirannya kacau.
”aku gi toilet jap k.” Pikah bangun. Dee dan Kak Wan hanya memandang gerak langkah Pikah yang semakin menjauh.
Wajahnya di cermin ditenung. ’ya Allah, kenapa dengan aku ni?’
Kegelisahannya bukanlah pada perkara yang salah. Namun pada perkara yang benar.
Hakikat dia adalah isteri kepada Muhammad Syahmin menghalalkan apa yang berlaku semalam. Cuma Pikah rasakan terlalu awal untuk semua ini berlaku. Dia belum lagi menerima sepenuhnya Syah dalam hidupnya. Dan kini, dia terpaksa menyediakan dirinya untuk menerima kemungkinan kehadiran orang ketiga.
Pikah pun kurang mengerti bagaimana Syah boleh menerima dia seawal perkahwinan yang baru berusia dua minggu. Namun sebagai isteri, wajib bagi Pikah menuruti permintaan suaminya. Walau pun rela dengan apa yang terjadi, Pikah masih lagi keliru. bagaimana ingin dia teruskan tanpa sayang di hati?
”cuba sayang dia”
Kata-kata Kak Sarah terngiang kembali. ’macam mana?’ persoalan itu menerjah fikiran Pikah.
Satu lagi persoalan yang bersarang dalam fikirannya kini adalah, apa perasaan Syah kepadanya. Tuluskah sayang yang diungkapkan semalam? Atau sekadar meniti di bibir atas keinginan yang satu itu?
Pikah tiada jawapan untuk soalan itu. Bertanya kepada Syah? Mustahil.
Monolog tadi dimatikan di saat dia menghampiri Dee dan Kak Wan.
*
Sejak kebelakangan ini, Syah begitu baik dengan Pikah. Ini membuatkan Pikah kadang-kadang berasa takut dan keliru. dia keliru dengan kelakuan Syah. Benarkah Syah sudah menerimanya? Adakah Syah sudah melupakan perasaannya pada Huz?
Kerana kebaikan dan kesungguhan Syah dalam merapatkan hubungan mereka, hati Pikah kadang-kadang tersentuh. Pikah sering tertanya-tanya pada dirinya sendiri, ’aku dah sayang dia ke?’. Namun, Pikah takut bila memikirrkannya. Bagaimana jika kasih Syah hanya sandiwara untuk mengaburi matanya? Tapi hakikatnya, Syah masih menyayangi Huz.
”assalamualaikum”. Suara Syah mengejutkan Pikah dari lamunannya. Pikah segera menyusun pakaian yang dilipat tadi di dalam almari lalu bergegas keluar menyambut kepulangan Syah.
”awal abang balik” sapa Pikah sambil tangannya pantas mengambil beg plastik yang dihulur oleh Syah. Dia mula memanggil Syah dengan panggilan ’abang’ bila dimarahi ibunya kerana memanggil suaminya itu dengan nama. Mula-mula kekok, tapi lama-lama dah biasa.
”discussion habis awal. Diaorang ajak makan, tapi abang kata nak balik makan masakan Pikah.”, jawab Syah sambil tersenyum.
Pikah berpaling dan membalas senyuman Syah. Kemudian dia terus ke dapur. Barang yang dibeli oleh Syah tadi disusun dalam kabinet.
”abang lapar la. Makan sekarang boleh?” laung Syah dari ruang tamu.
”boleh, abang tunggu jap” jawab Pikah dari dapur.
Sedang Pikah leka menyiapkan hidangan malam, tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang. Nyaris-nyaris pinggan yang dipegang terlepas dari tangannya dek kerana terkejut. Syah tersenyum nakal, melihat reaksi isterinya.
”abang ni! Jangan la sakat Pikah cam ni. Terkejut tau!” suara Pikah sedikit ketar kerana terkejut. Namun kata-kata Pikah disambut dengan rangkulan yang lebih kemas dari Syah.
”isteri abang ni, makin manis bila marah tau” usik Syah lagi.
”dah la. Tadi kata lapar. Lepas la.”
Syah meleraikan pelukannya dan mengambil pinggan di tangan Pikah. ”hehehe..jom makan”. Syah berjalan ke meja makan.
Pikah menyusul sambil membawa bekas berisi nasi. Dicedok nasi ke dalam pinggan Syah. Syah pula masih memandang Pikah dengan senyuman penuh makna.
Mereka menikmati makan malam sambil bertukar-tukar cerita. Hubungan mereka semakin baik sejak dua bulan ni. Syah seakan sudah menyayangi Pikah. Cuma Pikah yang masih keliru dengan perasaan sendiri.
*
Itu semua apa yang berlaku sejak empat bulan lepas. Dan kelmarin, perkara yang selalu menjadi kebimbangannya sejak menerima cinta Syah terjadi dan inilah yang mencalar kebahagian dan kepercayaan yang baru sahaja berputik. Syah masih menyayangi Huz. Hakikat yang pedih untuk Pikah terima.
Semalam hari jadi Huz. Secara tidak sengaja, dia nampak Syah bagi hadiah pada Huz, itu membuatkan hatinya remuk dan sedih. Huz pula, menerima pemberian tersebut tanpa menolak. Pikah benar-benar kecewa. Dia terus menuju ke common room dan menangis. Kebetulan di situ tiada orang.
Di rumah, Pikah tidak banyak bercakap. Sepatah Syah tanya, sepatah dijawab. Syah pelik. Bila Syah tanya kenapa, Pikah diam. Semalam pun dia tidur awal. Pagi tadi pun dia tak hiraukan Syah. Perbualan yang selalunya rancak, menjadi sepi pagi itu.
Petang ini, bertemankan laut china selatan, Pikah meluahkan rasa hati pada alam. Dia menangis semahunya. Dia yakin, sekarang Syah mesti sedang pening mencarinya. Sejak tadi telefonya berdering tanpa henti. Pikah biar sahaja panggilan itu tidak berjawab. Hatinya terlalu sakit untuk mendengar suara Syah.
Jam menunjukkan pukul tujuh. Pikah menyeka air mata yang berbaki. Dia perlu pulang ke rumah, jika tidak emak akan risau. Pikah bangun. Tiba-tiba kepalanya terasa pening. Dilihat alam sekeliling seakan-akan berpusing. Belum sempat dia duduk, dia rebah menyembah bumi. Dunianya gelap kini.
* * *
Panggilan telefon yang diterima dari mak mertuanya tadi benar-benar meragut ketenangan Syah. Sedang dia risau memikirkan kehilangan Pikah secara tiba-tiba, dia dikejutkan dengan berita yang Pikah berada di hospital Kemaman. Syah tak mengerti kenapa Pikah ke sana. Namun soalan itu dibiarkan terlebih dahulu. Kesihatan Pikah yang penting sekarang.
Syah terus bergegas ke Kemaman malam tu. Sesampai di hospital, hatinya sayu melihat muka Pikah yang pucat sedang terbaring. Doktor kata, Pikah mengalami dehydration dan hypoglycaemia. Keadaan dia dah stabil bila doctor masukkan air glucose tadi.
Tangan Pikah digenggam kemas. Walaupun dia tak tahu apa sebenarnya yang berlaku, Syah tetap setia menemani Pikah malam itu. Sejak dia mula menyayangi Pikah, dia tekad untuk terus menyayangi dan mencintai Pikah sepenuh hatinya. Biarlah apa yang berlaku dulu, menjadi sejarah yang mematangkan dirinya.
Pada mulanya, Syah cuma berlakon menyayangi Pikah untuk melupakan perasaanya terhadap Huz. Namun, lama kelamaan, dia mula menyayangi Pikah dengan setulusnya. Mungkin Pikah masih ragu dengan kasih-sayangnya, namun Syah tidak pernah give up untuk meraih cinta Pikah.
Apa yang Syah keliru kini, kenapa di saat hubungan dia dan Pikah bertambah erat, tiba-tiba Pikah menghilangkan diri tanpa kata. Apakah kesalahan yang dia lakukan? Dia benar-benar buntu.
”i love you” bisik Syah. Tangannya mengusap lembut wajah Pikah. Wajah yang pucat itu seakan menyatakan kekecewaan pemiliknya. Cuma Syah tidak tahu kenapa.
* * *
’ya Allah, aku monon kepadaMu. Berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujian hidup ini. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah, tidak mampu meneruskan hidup ini tanpa bantuan dan petunjukMu’. Syah memohon pada Yang Esa usai menunaikan solat subuh. Dia perlu kuat demi isterinya yang tersayang.
Syah melangkah perlahan menuju ke bilik Pikah. Dia sempat berpesan pada nurse yang bertugas untuk melihat Pikah sementara dia solat. Syah melihat jam tangannya. Sudah pukul 7.30 pagi. Perutnya terasa lapar kerana dari tengahari semalam, dia lupa makan sebab sibuk mencari Pikah. Syah menukar haluan ke warung yang bersebelahan dengan hospital. Elok diisi perut dulu. Lagi pun Pikah masih tidur tadi.
* * *
Belum sempat Syah menolak daun pintu wad 213 tu, dia terdengar perbualan dari dalam. Ada orang melawat Pikah pagi-pagi ni? Syah tertanya dalam hati. Tiba-tiba dia terdengar esakan kecil dari dalam. Syah tidak jadi untuk masuk. Pikah sedang menangis.
”saya dah agak kak...dia tak...sayang saya...dia berlakon je” terputus-putus suara pikah. Hati Syah menjadi sayu. Rupanya Pikah masih ragu dalam menilai cintanya. Syah ambil keputusan untuk menunggu di luar. Lagipun dia tak pasti siapa yang bersama dengan Pikah sekarang.
Pikah, kenapa masih kau ragu cintaku? Hati Syah mengeluh sayu. Dia ingat Pikah dah boleh menerima kehadiran dia. Rupanya, Pikah masih tidak yakin kepadanya. Maknanya selama ini, dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dia sangat menyayangi Pikah, tapi wanita itu meraguinya.
Tiba-tiba daun pintu dibuka dari dalam. Seorang wanita yang amat dikenalinya keluar. Wanita itu agak terkejut melihat Syah di situ. Begitu juga Syah. Tapi cuma seketika sebelum dia memberi salam kepada Syah. Syah bangun sambil menjawab salam yang dihulurkan.
”kak Sarah?”
”boleh kita berborak kejap. Lama dah akak tak bertanya khabar dengan Syah”
Syah angguk. Mereka beriringan ke taman yang tak jauh dari situ. Di sebuah pondok kayu, Sarah melabuhkan duduknya. Syah menyusul. Walau terkejut dengan kehadiran Sarah, Syah rasa lega. Sekurangnya, Sarah hadir tepat pada masanya. Mungkin emak yang bagi tahu tentang Pikah. Sarah sepupu Pikah sebelah emak. Syah pula mula mengenali Sarah bila dia first year dulu. Masa tu, Sarah final year.
”Syah apa khabar?” Sarah memulakan bicara.
”sihat alhamdulillah. Akak?”
”akak sihat”
Sarah merenung tepat ke arah Syah. Syah jadi serba salah. Apa yang Pikah ceritakan kepada Sarah? Syah benar-benar buntu. Kalau Sarah tanya, apa dia nak jawab, sebab dia pun tak tahu kenapa Pikah jadi macam tu.
”Pikah kata, Syah masih sayangkan Husna. Betul?” terus terang soalan itu diajukan kepada Syah. Sarah bukan seorang yang suka bermain tarik tali. Lagi pun baginya, hal ni perlu diselesaikan cepat. Tak perlu berbasa basi.
Syah terkejut dengan soalan itu. Kenapa hal ni diungkit lagi? Dia ingat hal ni dah selesai. Kenapa Pikah masih mengingatinya?
”Syah tak faham. Kenapa Pikah kata macam tu?”
”Syah tak jawab soalan akak”
”tak! Syah tak sayang sapa-sapa pun selain Pikah sekarang ni”
Sarah cuba mencari kebenaran disebalik kata-kata Syah tadi. Ya, dia tidak nampak keraguan di situ. Tapi, apa yang diberitahu Pikah, menceritakan keadaan yang sebaliknya.
”kak, Syah tak faham kenapa Pikah beranggapan begitu. Syah ingat, selepas kami hidup bersama, Pikah akan terima Syah. Tak sangka dia masih mengingati hal lama.” kekecewaan dari kata-kata Syah tertangkap jelas pada pendengaran Sarah.
”Syah, Pikah takkan kata begitu tanpa sebab”
”apa sebabnya? Apa Syah dah buat?”
”masa hari jadi Husna, Syah ada bagi present?”
Syah terdiam. Hadiah? Dia tak ingat bila pula dia bagi hadiah kat Huz. Hari jadi? Bila? Dia tak tahu pun bila hari jadi Huz.
”hari jadi Huz pun Syah tak ingat. Nak bagi hadiah apa?”
Sarah keliru. kalau begitu, apa hakikat sebenarnya disebalik apa yang dilihat oleh Pikah?
”Pikah kata, dia nampak Syah bagi hadiah kat Husna dua hari lepas. Hari tu, birthday Husna. Syah ingat tak?”
Ligat otaknya berfikir. Hadiah?
Tiba-tiba Syah teringat sesuatu. Hadiah. Ya dia ada bagi hadiah pada Huz. Tapi...
”ada. Tapi tu bukan dari Syah untuk Huz. Tu dari MSC nak bagi dekat Prof Tajul. Dia retier minggu depan. Syah bagi kat Huz untuk disimpan. Syah tak tahu pun hari tu birthday Huz.” panjang lebar, Syah terangkan keadaan sebenar kepada Sarah.
Sarah mengangguk paham. Kini jelas la, apa yang berlaku sebenarnya. Seperti yang dianggap, Pikah memang dah salah faham. Sarah tersenyum. Benarlah yang diceritakan Dee sebelum ni, Syah dah banyak berubah. Sejak kebelakangan ni pun, Dee kata, Syah nampaknya benar-benar menyayangi Pikah.
”ok Syah. Akak faham. Tapi Syah jangan marah kat Pikah pulak. Walau apa yang dia buat ni, salah. Tapi, ni pun sebab dia sayangkan syah’
Sayang? Tapi kenapa Pikah tak percayakannya? Kanapa lari tanpa terlebih dulu bertanya kepada dia. Syah bingung.
Melihat Syah masih diam. Sarah tahu Syah masih tidak berpuas hati dengan tindakan Pikah. Sarah perlu bijak dalam menyusun kata. Jika tidak, Syah pulak yang merajuk.
”cinta. Syah tahu kan. Boleh buat orang bertindak bodoh. Tambah lagi dalam keadaan Pikah sekarang. Hormon tak balance. Perubahan emosi dan bertambah sensitive. Tak hairanlah dia mudah tersentuh”
”hormon? Apa kaitan pulak hormone dalam hal ni kak?”
Sarah terdiam. Hairan.
”syah tak tahu lagi ke?”
”tahu apa?”
Sarah senyum. Patutla tak leh nak tolerate dengan Pikah. Dia tak tahu lagi rupanya. Syah hairan dengan senyuman Sarah. Kenapa plak ni? Apa yang berlaku?
”Syah, Pikah pregnant”
Syah tercengang. Apa yang Sarah katakan tadi seakan fake dipendengarannya. Betul ke Pikah....pregnant?
”akak jangan main-main”
”la...akak serius ni. You are going to be a father.”
Sinar kegembiraan mula kelihatan di mata Syah. Father? I’m going to have a baby? Syah masih terkedu dengan berita tadi. namun, sesaat kemudian, kakinya mula menapak. Akhirnya dia pantas berkejar ke arah bilik Pikah. Sarah menghantar dengan senyuman. Hanya kemudian dia menyusul Syah.
* * *
Pikah terkejut dengan kehadiran Syah. Dia lagi terkejut bila Syah memeluk dia dengan erat. Dia cuba melepaskan diri. Tapi pelukan Syah terlalu kemas. Hatinya yang masih panas dengan perbuatan Syah tempoh hari seakan cair bila mendengarkan,
”I love you. Forever.” Syah bisikkan kata-kata hikmah itu di telinga Pikah sambil pelukan dikemaskan. Inilah saat yang paling gembira dalam hidup Syah. Akhirnya cinta mereka membuahkan hasil. Bukti cinta mereka kini sedang membesar dalam rahim isterinya.
Air mata Pikah mengalir deras mendengarkan ucapan sayang dari Syah. dia keliru. jika Syah masih sayangkan Huz, bukan dirinya, kenapa kata-kata Syah tadi kedengaran begitu tulus? Adakah dirinya yang tersalah tafsir dengan apa yang dilihat.
Sarah masuk. Melihat Syah sedang memeluk Pikah erat, Sarah mengucap syukur ke hadrat Ilahi. Syah benar-benar menyayangi Pikah.
Pelukan diuraikan. Sekarang Syah duduk berdepan dengan Pikah. Tangannya menyeka air mata yang mengalir di pipi mulus isterinya. Pikah pula seakan sukar menahan air jernih itu dari terus mengalir. Tangan Syah dibiarkan menjalankan kerjanya. Dia kini kelu. Tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada Syah.
”Sayang. Huz dah hilang dari hati abang. Yang ada cuma sayang. Hadiah tu untuk Prof Tajul, bukan untuk Huz.”
Pika kelu. Ya Allah, besarnya salah aku kepada suamiku. Aku terlalu mengikut perasaan hingga sanggup bersangka buruk pada suamiku sendiri. Air mata yang masih mengalir, semakain deras melimpahi tubir matanya.
Akhirnya Pikah teresak-esak di bahu Syah. Syah raih Pikah dalam pelukannya. Rambut halus Pikah diusap lembut. Sayangnya kini, tidak berbelah bagi lagi. Pikah la wanita yang dicintai kini. Dan anak dalam kandungan Pikah kini, akan menjadi pengerat kasih antara mereka.
”maafkan Pikah bang” pohon Pikah dalam tangisan.
”bukan salah Pikah. Tak de yang nak dimaafkan” dikucup lembut ubun-ubun isterinya.
Sarah menyaksikan satu lagi kisah cinta suci yang tercipta oleh ilahi untuk makhluk yang bernama manusia. Siapa kata cinta itu buta? Cinta membawa kita mengenal pencipta. Cinta juga mengajar kita tentang kehidupan. Cinta menyatukan dua jiwa. Cinta juga melahirkan jiwa-jiwa pewaris ketemadunan manusia. Cuma ilmu manusia kadang-kadang terlalu cetek untuk menilai fitrah cinta itu.
Kerana kebodohan manusia, cinta mengundang binasa. Sedangkan sebenarnya, cinta harus menyemaikan bahagia. Kita kadang-kadang lupa, cinta meruntun pengorbanan. Cinta bukan hanya untuk dimiliki, namun untuk diberi dan dikongsi. Mencintai bukan bermakna memiliki. Mencintai bermakna sedia berkorban demi yang dicintai.
Ramai orang bertuah kerana memiliki cinta dalam celahan kehidupan mereka. Dan mereka inilah yang sanggup berkorban demi cinta yang didambanya. Sarah pula, masih panjang lagi pemburuan cintanya. Cinta pencipta yang didamba kini. Bukan cinta manusia. Baginya, usah dicari cinta manusia kerana ia akan hadir disaat kita menemui cinta Sang Maha Agung. Pemilik cinta Yang Maha Benar.
~selesai~
2009-08-07

Sunday, July 19, 2009
hipokritkah aku?
Senyuman itu...
Bukan mudah untuk ku ukirkan,
Bila hati ini terluka,
Dek tajamnya suatu fenomena.
Namun...
Apakan daya,
Bila reaksi mengatasi emosi,
Geram ku pendam agar padam,
Sedih ku tindih agar tak berbenih,
Lalu kugantikan dengan senyuman,
Dengan harapan,
Mampu menyinar di kala kelam,
Mampu menyuluh di kala gelap.
Hipokritkah aku,
Bila menutupi hakikat hati?
Bila pasir ku katakan emas?
Bila malam ku katakan siang?
Bila hitam ku katakan putih?
Entahlah...
mungkin ia sekadar penghalang,
kerana ikutkan hati, mati.
Ikutkan rasa binasa.
Tapi...
Inilah hakikatnya,
Hidup tak selalunya cerah,
Kadang mendung menjengah,
Namun, dalam setiap diri insan,
Perlu ada secalit kesabaran,
Perlu diisi dengan ketabahan,
Hidup yang muram,
Mampu bersinar,
Jika kita saling bermaafan,
Berbuat baik sesama insan,
Biar sedikit asal berterusan.
Bukan mudah untuk ku ukirkan,
Bila hati ini terluka,
Dek tajamnya suatu fenomena.
Namun...
Apakan daya,
Bila reaksi mengatasi emosi,
Geram ku pendam agar padam,
Sedih ku tindih agar tak berbenih,
Lalu kugantikan dengan senyuman,
Dengan harapan,
Mampu menyinar di kala kelam,
Mampu menyuluh di kala gelap.
Hipokritkah aku,
Bila menutupi hakikat hati?
Bila pasir ku katakan emas?
Bila malam ku katakan siang?
Bila hitam ku katakan putih?
Entahlah...
mungkin ia sekadar penghalang,
kerana ikutkan hati, mati.
Ikutkan rasa binasa.
Tapi...
Inilah hakikatnya,
Hidup tak selalunya cerah,
Kadang mendung menjengah,
Namun, dalam setiap diri insan,
Perlu ada secalit kesabaran,
Perlu diisi dengan ketabahan,
Hidup yang muram,
Mampu bersinar,
Jika kita saling bermaafan,
Berbuat baik sesama insan,
Biar sedikit asal berterusan.
Monday, July 13, 2009
ummi...

Ummi…Mama…Ibu…bonda…mak…
Apa sahaja panggilannya, ia membawa maksud yang sama. Tiada seorang pun yang dilahikan di dunia ini tanpa ibu. Setiap yang bernyawa ini, pernah hidup dalam kandungan ibunya. Kerana itu, tiada sebab untuk kita menderhaka kepada ibu.
Mungkin ada dikalangan kita, yang tidak dibesarkan oleh ibu mereka, tidak sempat mengenali siapa yang melahirkan mereka, dan ada ramai yang tidak mendapat kasih-sayang seorang ibu dan yang paling malang, ada yang dibuang oleh ibu sendiri. Anak-anak yang dibuang oleh ibu mereka pasti bertanya, haruskah kita menyayangi ibu seperti itu ? adakah salah membenci ibu itu ? di sini ramai yang bercanggah pendapat, ada yang mengatakan kita wajib menghormati ibu walau dalam keadaan apa sekalipun, dan ada yang berpendapat, ibu yang membuang anaknya sendiri tidak perlu dihormati. Terpulang kepada individu itu, yang penting ingatlah, tanpa ibu, kita tidak akan ada di dunia ini.
Kasih ibu membawa ke syurga. Benarlah pepatah itu, kerana, syurga di bawah telapak kaki ibu. Jika seorang anak itu menderhaka kepada ibu, pasti tidak akan mencium bau syurga. Terlalu banyak jasa ibu yang tidak mampu kita balas walau dengan nyawa kita sendiri.
Dalam satu hadis, Rasulullah telah menegaskan bahawa kedudukan ibu 3x lebih tinggi dari seorang ayah. Tapi, kedua-duanya perlu dihormati. Seperti mana firman Allah :
« Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). » (al-Isra’ :23)
Seorang anak yang baik akan berbakti kepada ibu bapanya. Tiada guna jika kita memiliki ijazah bergulung-gulung, harta bertimbun-timbun, tapi kita sering menyakiti ibu bapa kita. Anak yang derhaka tidak akan diberkati oleh Allah.
Anak yang baik juga harus sentiasa mendoakan kebaikan kedua-duanya. Taat kepada suruhan mereka yang tidak bertentangan dengan agama:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.” (al-Ankabut:8)
Kasih-sayang ibu tiada galang gantinya. Walau suatu hari nanti, kita miliki suami atau isteri, anak-anak,janganlah kita lupa kepada pengorbanan seorang ibu.
Siapa yang mengandungkan kita ?
Siapa yang lahirkan kita ?
Menyusukan kita ?
Memujuk setiap tangisan kita ?
Mendengar celoteh kita?
Mengangkat kita bila terjatuh?
Memakaikan pakaian kita?
Menjaga ketika sakit?
Mendoakan kita setiap masa?
Dan banyak lagi yang tidak mampu kita senaraikan.
Begitu banyak pengorbanan ibu, apakah kita rasakan cukup dengan mengirimkan wang RM100-RM1000 setiap bulan? Cukup dengan mengziarahi mereka sebulan sekali? Menelefon seminggu sekali? Atau berapa harga sebenarnya? Harta kita seumur hidup pun tidak mampu membayar semua jasa ibu kita. Ingalah, kasih ibu adalah harta yang paling berharga dan tidak ternilai dengan wang ringgit. Kasihilah ibu kita tanpa berdolak dalik lagi. Siapalah kita jika dibandingkan dengan seorang ibu.
Saturday, June 20, 2009
Kehidupan…kini dan kemudian hari.

Kehidupan ini, terlalu complex untuk dingertikan. Apa yang mampu kita lakukan adalah mengharunginya dengan berani...kerana kita tidak pernah tahu apa yang bakal kita hadapi di kemudian hari...banyak yang kita tidak sangkakan berlaku dalam kehidupan kita.
Apa yang memberi kita kekuatan untuk menempuh hari esok adalah... ”FAITH”... ya, hanya dengan keyakinan kita mampu maju ke depan...yakin dengan Allah, percaya dengan qada’ dan qadarNya.
Berani menghadapi risiko dalam hidup, memberi kita peluang meneroka kehidupan ini. Kita mampu merancang, namun Allah yang menentukan segala-galanya.
Satu lagi hakikat kehidupan adalah....kita akan bermula dengan muda, kemudian dewasa, berkahwin, punyai anak-anak...dan satu masa, jika umur panjang, kita akan tua...kemudian, hadirlah kehidupan selepas kehidupan ini. Kerana....setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati...itu janji Allah yang pasti.
Begitulah kehidupan, hari ini kita mungkin mampu berbicara dengan orang yang kita sayang, kenalan kita, namun esok, mungkin kita atau mereka akan dipanggil menghadap Yang Maha Esa.
Allah mungkin terlalu menyayangi mereka, lebih dari kita...maka dia memanggil mereka ini untuk berada di sisiNya, tinggalkan kehidupan dunia yang penuh onak dan duri ini...selepas mati, hilanglah nikmat dan derita dunia, yang menanti hanyalah nikmat dan derita baqa’ dan akhirat...dan ia ditentukan dengan amalan kita di dunia...bagi kita, nikmat yang tidak terhingga apabila matinya kita sebagai muslim.
” Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (ali imran: 102)
Sentiasalah berdoa, agar kita diberi kehidupan yang sejajar dengan syariat dan dimatikan dalam sebaik-baik keadaan...ISLAM... hidup yang singkat ini terlalu mahal untuk kita sia-siakan...biarlah kita susah di dunia ini, asalkan bisa berbahagia di sana.
Biarlah, ketika kita dilahirkan, orang lain gembira dan kita menangis...dan ketika kita meninggal, orang lain menangis dan kita pula bergembira...subahanallah...Allah pemegang hati-hati kita...dari dia kita datang, kepada dia kita kembali.
~ al-Fatihah untuk nenek dan datukku yang dijemput Ilahi pada 15 Jan dan 12 April 2009. juga buat sahabatku yang pernah bersama-sama berusaha di zaman sekolah dulu yang kembali ke rahmatullah pada 10 Jun 2009. Moga-moga, mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang bertaqwa. Ameen.~
Tuesday, May 19, 2009
almost done...
it has been long time...
"almost done"...what? many people ask me, what do i mean by "almost done"? well, i almost done or finish my first year MBBS...
it is great?i don't know...medical feild is not as simple as talk...need a lot of comitment...brain is a second thing importan as a medical student...so what is the most importan to survive in medical study? remember one thing... STUDY HARD!
no matter what, you cannot stop and give up...cannot play-play...otherwise, failure is our outcome.
there is 3 more week to end my first year...then, first long holiday (~4weeks).
alhamdulillah, in 3rd block, i've improve much...so...this block?, i should try harder.ok then,,,aja-aja fighting!
innALLAHama'assobirin.
Friday, February 27, 2009
KEGAGALAN?
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
KEGAGALAN.
igauan bagi kebanyakkan orang. mimpi ngeri bagi mereka yang mengejar kesempurnaan. tapi tahukah kita, KEGAGALAN adalah satu lumrah dalam kehidupan manusia. siapa yang tidak pernah gagal?
Albert Einstein misalnya, pernah dianggap murid paling bodoh di sekolahnya. sehingga dia pernah dianggap cacat mental dan disuruh berhenti sekolah. tapi siapa dia yang kita kenal sekarang? walau sudah berdekat dia meninggal, dia tetap dikenang sebagai ahli fizik yang terkenal abad 20. teori relativitinya sehingga kini, masih menjadi persoalan para saintis.
siapa pula Walt Disney? karyanya pernah bertahun-tahun hanya disimpan dalam stor sebelum mampu diterbitkan.
Soichiro Honda. pernah ditolak Toyota Motor Co. tapi berkat usahanya, dia mampu membina empayar perniagaan sendiri. syarikat pengeluar kereta Honda kini mampu bersaing dengan Toyota.
oh, mungkin ada yang berpendapat, kenapa perlu menamakan tokoh-tokoh non-muslim sebagai contoh. jawapan adalah mudah, jangan melihat kepada orangnya, tapi lihatlah pada nilai yang ingin ditonjolkan.
tentulah disebalik nama-nama tadi, berdiri kukuh satu nama agung, MUHAMMAD RASULULLAH. pernahkah Rasulullah gagal? masih ingat peristiwa dakwah nabi ke Thaif? bagaimana baginda disakiti oleh penduduk di sana? akhirnya, Rasulullah pulang dengan luka-luka diseluruh badan baginda.
tapi kesudahanya? nah, kejayaan penyebaran Islam yang lebih luas berlaku. walau lebih 1400 tahun baginda wafat, Islam masih tertegak di muka bumi ini.
nama-nama yang dinyatakan diatas, pernah mengalami KEGAGALAN dalam hidup mereka. namun, berkat kesabaran dan kesungguhan mereka mencapai matlamat masing-masing, akhirnya nama mereka dikenang sebagai manusia yang berjasa kepada dunia.
oleh itu, setiap KEGAGALAN, ada nilai motivasi yang tersendiri. ia terpulang kepada kita mentafsirkan KEGAGALAN itu.
mencari punca adalah langkah yang terbaik untuk koraksi diri. jika dilihat, KEGAGALAN mungkin berpunca dari kesilapan sendiri. mungkin kita tidak menjaga hubungan dengan ALLAH, atau hubungan sesama manusia. dalam koteks pelajar, mungkin kita tidak menjaga adab dengan ilmu itu sendiri. kurangnya usaha kita dalam mencapai matlamat tersebut, mungkin membawa kepada KEGAGALAN.
oleh itu, muhasabah diri penting, agar kegagalan tidak menjadi noktah hitam dalam hidup kita, tetapi menjadi lampu yang mampu menyuluh kita kepada jalan yang lebih luas. sabar menghadapi Kegagalan, senjata paling kuat untuk bangun kembali.
KEGAGALAN ITU LUMRAH, NAMUN BUKAN MUSIBAH.
p/s: caiyo'. aja aja fighting!

Subscribe to:
Posts (Atom)